 |
Sunday, April 03, 2005
Selamat Datang Ke laman BLOG aku... yeeeahaaaa!!!
|

|
|
Assalamualaikum semua!!! |
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan izin-NYA dapat jugak aku merealisasikan penghasilan web yang tak seberapa nie.. tak lupa jutaaan terima kasih kepada cik ain http://zuraien.blogdrive.com yang memperkenalkan ‘blogdrive’ nie kat aku.. tanpa tunjuk ajar dari dier mungkin web nie tak wujud... tq ain.. terlanjur aku dah tulih panjang lebar nie... berkuatkuasa 04 April 2005 esok, dier secara rasminya akan memulakan keja kat tempat baru kat NILAI, N.9... So, kepada ain, SELAMAT MAJU JAYA & semoga berjaya dalam ape jugak bidang yang diceburi... Ur my prennn!!! ok la.. cukup la puji si ain tuh... karang kembang la pulak.. muahahahaahaha...
Kepada sape2 yang BUKAK WEB nie semada SECARA SENGAJA, TAK SENGAJA, TERPAKSA atau DIPAKSA... KEDATANGAN ANDA SEMEMANGNYA DIALU-ALUKAN dan kalau ade kelapangan tuh, BAGI LA KOMEN DAN KRITIKAN YANG MEMBINA sikit kat sebarang ISU-ISU yang aku ketengahkan dalam web nie... kalau tgk aku tak update web nie... maknanye aku BZ TAHAP DEWA la tuh... so, kalau korang main YAHOO MESSENGER leh PM aku kat name nie saiful_bahrie... ok!! Semoga berbahagia lah hendaknye korang ngan WEB aku yg HAMPIR BEST nie.... eheheheheeh!!! Ok!! Tata..
Posted at 4/3/2005 3:09:07 am by lu_fias1
Permalink
Tuesday, April 05, 2005
ISU 1 : SELAMAT PENGANTIN BARU KAT AMI & ZIERA
|
 |
|
Ami & ziera tgh posing depan kamera - |
Sebelum tuh, masih belum terlewat lagi aku rase untuk aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kat member aku nie...AMI & ZIERA yang telah selamat diijabkabulkan pada 04 Mac 2005 bersamaan dengan 23 Muharram 1426 yang lalu.
Wow!! Aku dan bebudak lain turut berbangga dengan hubungan korang berdua nie.. menyorot kembali kenangan mase kat sekolah dulu, korang berdua nie buleh la aku kategorikan sebagai member – member aku yang low profile MACAM AKU JUGAK... eheheheheheh!!! Baik si ami mahupun si ziera... mane taknye, bertegur sape antara korang berdua pun dalam sehari susah giler nak nampak... Inikan pulak nak diklasifikasi sebagai orang tgh bercinta... Fuhh!! Jauh panggang dari api... tapi itu la kuasa ALLAH s.w.t yang menentukan segala-galanya.. Ajal, maut, jodoh, pertemuan, perpisahan... semuanya ditentukan-NYA... isk!! ..isk!! ... insaf pulak aku dibuatnya...
Sebagai manusia kita kena lalui segala rintangan dengan tabah dan cekal... hanya mereka yang cekal & tabah, saling memahami antara satu sama lain serta percaya dengan kuasa-NYA sahaja akan tiba ke penghujungnya dengan jayanya... dan begitulah contoh terbaik yang telah ditunjukkan oleh si ami & ziera.. semoga menjadi teladan yang baik untuk kita ikut... dan kepada member – member lain yang dah kawin tuh seperti MAZ, YANTI, MIZA, FIZA dan ANI... aku ucapkan selamat berbahagialah hendaknya korang dengan pasangan masing – masing dan kepada bebudak lain yang dah bertunang macam si WAK JAL, IENA, NOR tuh... cepat – cepat la selesaikan ‘perjuangan korang yang belum selesai’ tuh... ehehehehehe!!! Ok..cau!!
p/s : Macam kate si WAK JAL....” Lu Tungggguuuu.........!!!!!!!”
Posted at 4/5/2005 4:53:16 pm by lu_fias1
Permalink
Wednesday, April 06, 2005
ISU 2 : Anugerah Bintang Popular 2004... Arena Of Stars, Genting Highlands
Yeeaaahhaaaaa!!! Beberapa hari lepas aku berpeluang untuk mengikuti 2 acara berprestij yang dah berlangsung kat malaysia nie baru – baru nie…
FIRST.. hari sabtu ari tuh (02 April 2005) mase PELANCARAN PENJENAMAAN SEMULA STESEN RADIO RTM kat Angkasapuri yang di’offer’ oleh bekas opismate aku si ‘demo’ (ROSLI) dan
SECOND... ANUGERAH BINTANG POPULAR 2004 berlangsung kat Arena Of Stars kat Genting Highlands malam esoknye pulak... yg di’offer’ oleh si HAMIM, pun bekas opismate aku gak...
Kalau diikutkan hati aku yang giler nie... memang aku nak pergi tengok dua – dua sekali.... tapi memandangkan duit tengah sengkek pulak time tuh, terpaksa la aku pilih satu jer... dan setelah ditimbang tara dan di nilai yang mane paling best... tak lain x bukan aku decide la utk pergi tgk.. ANUGERAH BINTANG POPULAR 2004 w’pun kosnye sebenarnya jauh lebih tinggi dari pilihan no. 1 tadi... bile dipikirkan balik... rase nyesal pun ade gak... rase membazir pun ade... rase seronok pun ade... eh!! Dipendekkan citer.. MACAM – MACAM perasaan ADA!!! Sebelum aku meneruskan citer ... kiter tgk gambar-gambar yang sempat aku ‘snap’ mlm tuh... x banyak aku amik... kurang 2 keping cecah 100 jer... maklum la camera digital... pedulik ape... eheheheheh!!!
 |
|
- Antara gambar yang sempat aku 'compile'kan sekali - |
Secara keseluruhannya boleh dikategorikan sebagai OK jer.. coz ade masalah-masalah teknikal yang sepatutnya x berlaku... kalau dibandingkan dengan kematangan ANUGERAH nie... yang mane tahun nie dah masuk tahun ke – 18. Emmm!! Bile la ade program MELAYU yang perfect ek!! Tapi dari segi STAGE, HOS MAJLIS, KEHADIRAN PENONTON & ARTIS memang tip top... cume time persembahan jer yang kurang best.. baik dari SEGI TEKNIKAL mahupun PERFORMANCE LIVE artis yang buat persembahan.... berbeza ngan tengok kat TV, bile tgk kat sini segala kepincangan majlis memang ketara dapat ditengok...
So, kepada pihak – pihak yang meng’handle’ anugerah tuh.... dan terbaca pulak komen murahan aku nie... tolong lah perbaiki ‘mistakes’ korang nie... semoga ‘next’ anugerah akan berlangsung dengan lebih TIP TOP lagi... yeeeahhhhaaaaa!!!
P/s : Kalau tgk LIVE bolasepak Malaysia kat stadium lak... pemain pulak yang buat byk mistake... main pulak macam Hampeh!!! Adoii.... Pulangkan duit kami!!! Pulangkan!!!
Posted at 4/6/2005 6:01:28 pm by lu_fias1
Permalink
Thursday, April 07, 2005
ISU 3 (Edisi Panas) : Kontroversi...!!! Kontroversi...!!! Kontroversi...!!! (Episod 1 - Pendedahan)
Sebenarnya isu nie dah lame berlalu... tapi aku yakin berpunca daripada penghasilan VCD BEBUDAK SEKOLAH kiter nie yang sememangnya diterbitkan dan diarahkan oleh AKU & MAMAT nie, hubungan dikalangan bebudak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung nie, nampak macam dah mula renggang... tak seNGAM macam dulu... aku yakin bukan aku sorang jer yang rase.. tapi semua yang terlibat dalam VCD MURAHAN nie comfirm akan terasa bahangnya... eeewahhhh!!!
Sebelum tuh, buat pertama kali selepas hampir 2 tahun berlalu aku nak buat sikit pendedahan... tentang asal usul terilhamnya idea untuk menghasilkan VCD nie... buat pengetahuan korang, idea nie sememangnya datang dari AKU sendiri.. dan disokong 342% oleh partnership aku iaitu MAMAT dan si APIS... aku ingat lagi... masa tuh baru seminggu dua kiter berpuasa pada Ramadan 2003.. buleh dikatakan setiap kali aku jumpa ngan mamat setiap kali tu la... kiterorang akan plan dan buat sikit2 rangka skrip untuk menjayakan VCD yang aku x sangka akan mencetuskan Kontroversi nie... tunggu...punyer tunggu...punyer tunggu.... akhirnya.. menjelma lah syawal... keseronokan aku... bukan setakat sambut rayer jer... tapi.. mengenangkan betapa seronoknya... kenangan raye tahun tuh... yang akan diabadikan dalam VCD nie.... tak sabar pulak rasenyer.... mungkin korang buleh bayangkan betapa excitednye perasaan aku mase tuh...
|
 |
|
- Cover CD BEBUDAK SEKOLAH yang mencetuskan kontroversi - |
..... dan seperti yang telah termaktub dalam terma dan syarat beraya kiter sepanjang tahun, maka berkumpulkan kiter pada rayer ke-4... walaupun pada raya baru nie aku dah langgar itu peraturan... sbb aku balik kampung.....ahahahaha!!! susah jugak nak mengumpulkan semua... ade yg nak g jumpe awek la... balak laa.. nak pegi umah nenek la.. umah mak su timah la.... mcm2 alasan laa...yg pada mulanye betul2 hampir meng’give up’kan aku... tapi itu sumer adalah gimik yang kononnya nak meng’suspen’kan dan menghangatkan lagi VCD nie...
Akhirnya, dipendekkan cerita, maka berjaya lah kiter meng’shot’ CD 1 yang sememangnya sarat dengan ‘tour raya’ dari satu rumah ke satu rumah start dari umah Yanti sampai la last sekali ke rumah Apis (rayer ke-6)... Bayangkan betapa dasyatnye konsentrasi dan letihnya aku, mamat & Apis untuk shot adegan - adegan yg. sememangnya kurang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dalam VCD nie... ehehehehehe!!! tuhan aje yang tau...!! tapi demi korang sumer... itu sumer... ‘SMALL THE PIECES’ jer.... eheheheheheh!!! .... tapi dah jadi lumrah manusia yang tak pernah puas dgn ape yang dah ade... terlintas pulak nak buat CD 2 (CD yang sarat dgn kontroversi nie)... yang terdiri dari... komen2 yang ‘PANAS’ sampai ke ulu hati....
Agak2 korang ... SIAPAKAH YANG MENCETUSKAN IDEA UNTUK MENGHASILKAN CD 2 nie????? SIAPA PULAK YANG BERANI MENGAMBIL “RESPONSIBILITY” UNTUK KE SANA KE MARI UTK SHOT CD 2 NIE???? SIAPA PULAK YANG SANGGUP KELUAR KOS UNTUK TAMPUNG PERBELANJAAN SUMER NIE?????? Dan SIAPAKAH PULAK YANG MENCETUSKAN KONTROVERSI????
Sumernye akan terungkai di dalam episod seterusnya (BAHAGIAN II).... same2 lah kiter tunggu sambungan citer yang sememangnya bukanlah rekaan sebenarnya.....
Posted at 4/7/2005 11:36:54 am by lu_fias1
Permalink
Friday, April 08, 2005
ISU Jumaat - Sedutan Khutbah - PUNCA MELAKUKAN DOSA DAN MAKSIAT
Tempat : MASJID UPM
Tarikh : 08 April 2005
Di sampaikan oleh : Ust. Hj. Azhari Bin Hj. Ahmad
Setiap hamba Allah s.w.t yang hidup di muka bumi ini tidak terlepas dari melakukan dosa terhadap Allah s.w.t, sama ada kecil atau besar, sengaja ataupun tidak. Ini kerana sifat semula jadi manusia yang lemah & mudah tunduk kepada keinginan hawa nafsunya. Tetapi itu bukanlah alasan membolehkan berbuat dosa kerana orang yang beriman taat kepada perintah Allah s.w.t dan sunnah Rasullullah s.a.w & tidak akan mudah kalah oleh hawa nafsu sebaliknya berusaha menghindarkan dirinya dari melakukan dosa & maksiat. Imam Ghazali dalam kitabnya “Ihyaahu ‘Uluumuddin” ada mengatakan bahawa dosa itu berlaku kerana dorongan oleh 4 perkara :-
1 - Sifat Rububiyah (Sifat Ketuhanan)
· Iaitu apabila seseorang itu mengambil sifat-sifat tuhan untuk dipakai pada dirinya seperti takbur, suka dipuji dan disanjung.
· Sifat-sifat ini hanya layak bagi Allah s.w.t
2 - Sifat Syaitaniyah (Sifat Syaitan)
· Iaitu apabila seseorang itu ada sifat-sifat hasad dengki, tipu helah, aniaya dan lain-lain kerana sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan mungkar, maksiatdan menyesatkan.
3 - Sifat Bahiimiyah (Sifat Kebinatangan)
· Iaitu sifat tamak haloba, menurut nafsu perut, memakan harta anak yatim, mencari harta kekayaan semata-mata untuk memuaskan nafsu buas & lain-lain.
4 - Sifat Subu’iyah (Sifat Kebuasan)
· Iaitu sifat dendam, mencaci orang, memukul, membunuh, memusnahkan harta benda dan lain-lain lagi.
Sebagai orang yang beriman, janganlah kita mudah leka dan lalai dengan kehidupan di dunia ini, dan marilah kita sentiasa berdoa memohon perlindungan daripada Allah s.w.t dan sentiasa beristighfar dan bertaubat kepadanya dan berusaha menghindarkan diri daripada berbuat perkara yang boleh mendatangkan dosa sama ada secara sengaja atau tidak. Sedarlah bahawa kita tidak akan hidup kekal selama-lamanya. Oleh itu, persiapkanlah diri kita dengan bekalan yang berupa amal ibadat kerana amal kebaikan sahajalah yang akan menyelamatkan kita di padang mashyar nanti. Firman Allah s.w.t dalam surah Maryam, ayat 75 yang bermaksud :-
“ ....... Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah Allah Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka sama ada azab sengsara di dunia ataupun azab kiamat, maka pada saat itu mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya....... ”.
kita sebagai orang islam hendaklah takut melakukan dosa, kerana Allah s.w.t murka kepada mereka yang melakukannya. Azab dan kemurkaan Allah s.w.t itu terang dan jelas diceritakan dalam Al-Quran dan Hadis. Akan tetapi malangnya masih ada di antara manusia yang melakukan perbuatan mungkar dan maksiat dengan cara sengaja & terang-terangan. Oleh itu, ketahuilah segala perkara yang melanggar perintah Allah s.w.t baik dalam soal meninggalkan suatu perkara yang disuruh seperti tidak bersembahyang, tidak berpuasa, tidak menunaikan zakat & sebagainya. Ataupun melakukan perkara yang dilarang seperti berjudi, berdusta & sebagainya. Kerana balasan bagi mereka yang berbuat dosa ialah api neraka.
Posted at 4/8/2005 4:08:25 pm by lu_fias1
Permalink
Saturday, April 09, 2005
ISU RELAX : Relaxkan Minda - Part 1
RELAXkan Minda - Part 1
(cabaran RM50.00......)
Sila berikan tumpuan sebaik mungkin bagi memastikan jawapan yang ‘korang’ bagi adalah datangnya dari dalam diri korang sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang Ke-2, orang ke-3 mahupun orang ke-4. Baca dengan teliti dan kalau boleh berikan jawapan ‘korang’ secara spontan tanpa berfikir panjang. Semakin cepat ‘korang’ jawab, semakin tepatlah Hasil Jawapan Korang. Dan……. Sape yang berjaya meneka dengan tepat AKU BAGI RM50.00 Cash!!! Tak tipu punyeee….. tapi aku yakin korang mesti xleh jawab tepat.... ahahahahaha!!!
Ok!! Selamat Menjawab….!!
(1) Satu hari, ada la satu ‘team’ nie yang memang cukup terkenal bagi korang dan mempelawa korang untuk pergi ‘ronda-ronda’ dalam hutan (mcm Jungle Tracking la…). Lepas tuh, korang kata.. “Ok, Jom….dah lame jugak aku tak masuk hutan nie”. So, perjalanan pun bermula…….. baru jer menjejakkan kaki ke kawasan hutan… tiba-tiba ternampak satu binatang….
Soalannya : Apakah Binatang yang pertama korang jumpa agaknya?????
(2) Perjalanan diteruskan…. Redahlah anak sungai, semak samun…. Baru aje jalan sikit.. tiba-tiba, ade satu pokok berdekatan ngan ‘korang’ tak semena-mena bergoyang dengan agak kuat….
Soalannya : Korang rase, Binatang ape agaknya yangmenyebabkan pokok tu bergoyang dengan kuat?????
(3) Selepas korang kenalpasti binatang tuh, perjalanan pun diteruskan…. Jalan…punye jalan…. Sekali ‘korang’ nampak sebuah rumah kat dalam hutan tuh… musykil di hati dan tertanya-tanya… “rumah sape lah agaknye yer….”
Soalannya : Pada pendapat ‘korang’, rumah tuh berpagar atau tidak????
(4) Tergerak di hati nak pergi usha kat dalam umah tuh… mane lah tau… ade makanan, duit ker… atau ape2 je laa yang berharga…. Sekali korang masuk… adoiiii!!! Haram satu menda pun xde… emmmm…. Hampeh!!!! Usha… punye usha… sekali korang terpandang satu tingkap yang ‘korang’ kenalpasti memang ‘imported dari Italy’ daaaa….
Soalannya : Pada pendapat ‘Korang’, tingkap tu terbukak ker…. Tertutup…..????
(5) Lepas tuh, ‘korang’ dah rase pueh hati…. ‘korang’ pun keluarlah dari umah tuh…. Dan meneruskan perjalanan…. Sampai ke satu tempat yang memang lawa…. Tak lain tak bukan… kawasan air terjun…. Fuhhh!!! Korang pun pergi la dekat…. Nak mandi kot…
Soalannya : Air terjun kat situ… kuat/deras tak air dier…. Atau.. biasa-biasa jer…????
(6) Dah siap mandi… tibalah mase untuk balik…. Selepas lebih 2 jam meredah hutan tadi…. Tengah korang sibuk mempersiapkan diri…. Tiba- tiba… ade sorang “instructor” menjerit…. “woi, kengkawan kiter ade 2 jalan nak balik nie…. Pertama : Kita gunakan jalan yang elok… tak payah masuk hutan…tapi ambil mase 4 jam untuk sampai…. Atau yang kedua : kiter ikut balik jalan yang kiter redah hutan tadi… yang cume ‘spend’ dalam 2 jam lebih jer…. Haaaa!!! Mcm mane kengkawan… nak ikut yang mane nie…. ?????
Soalannya : ‘korang’ rase jalan mane yang ‘korang’ pilih…????
Ok sekarang!!! Mcm mane cara korang nak jawab….??? Korang pergi kat COMMENT dan korang cume nyatakan jawapan korang….
Cth jawapan :-
(1) Siput sedut, (2) kupu-kupu malam,
(3) tak berpagar, (4) Tingkap terbukak,
(5) Air terjun kuat/ deras (6) Ikut jalan tadi la (jalan hutan)
Dan jawapan yang sebenarnya aku akan bagi dalam tempoh terdekat nie…. Ok!! Fikir dulu… sebelum menjawab…. Sape teka tepat AKU BAGI RM50.00 Cash!!! Tak tipu punyeee…..
Posted at 4/9/2005 2:19:30 am by lu_fias1
Permalink
Monday, April 11, 2005
Isu 4 - Lagi Accident kat Cyberjaya
|
 |
 |
|
- Keadaan kereta mangsa - |
Pemilik kereta iswara (cina) & Mercedes (Melayu) tgh dok pikir keta masing² |
Isk!! Isk!! Isk!! .... dalam kepala otak aku dok pikir... mase teserempak ngan accident nie... "haiiii, kerap betul la Cyberjaya nie 'dilanda kemalangan'... sepanjang ingatan aku, masuk nie... dah berpuluh agaknya accident kat sekitar Cyberjaya tahun nie..." entah la... Allah s.w.t sahaja yang tau kisahnya yang tersirat..... Wallahualam..!!!!
Gambar nie aku amik mase dalam perjalanan nak ke ofis pagi tadi... kejadian yang berlaku dalam pukul 7.45 lebih nie di persimpangan MSC di antara laluan ke MMU dan Cyberview Lodge nie melibatkan 2 bijik keta iaitu Iswara (cina) & Mercedes (melayu).. tidak diketahui punca kejadian dan sape yang patut dipersalahkan memandangkan 'traffic light' yang tidak berfungsi dan keadaan jalan yang licin (sbb hujan lebat pagi tadi). Berdasarkan keadaan keta tuh... andaian aku memang mercedes tuh tgh laju semasa accident tuh berlaku... memandangkan kesan keta yang remuk atau mungkin iswara tuh lambat sgt nak masuk simpang.... walauapapun... kiter serah je la perkara nie kepada mereka yang expert dalam menentukan sape betul atau sape yg salah.... mungkin kesalahan penyelenggara traffic light juga boleh dipersalahkan dalam keadaan nie... senang cakap biarlah dierorg yang berkenaan buat keputusan... kiter bukan buleh buat ape pun... setakat buleh citer ape yang kiter tgk jer laaa..... ok!! kepada pemilik kenderaan, bawak² bersabar dengan kesulitan yang dialami.... dan kepada kengkawan yang terbaca artikel murahan nie dan kepada diri aku sendiri, aku menyeru agar kiter kalau bwk keta tu... berhati-hatilah dijalanraya... jgn nak pentingkan diri sendiri... tgk bile dah jadi.... baru nak menyesal.... ok!! cau cin cau....
|
 |
 |
|
- Keta mercedes yang remuk - |
- Pemilik kereta mundar-mandir tgh tunggu polis dan lori tunda - |
P/s : Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian 'hilang pendapatan'..... isk!! isk!! isk!!... harap tak kenalah kat diri kiter sumer ek!!!! amin... ya rabbal alamin....
Posted at 4/11/2005 4:34:00 pm by lu_fias1
Permalink
Tuesday, April 12, 2005
ISU 5 - Ajib & Putri (Selamat Pengantin Baru...!!)
|
- Antara gambar² koleksi perkahwinan ajib - |
Emmm... bersorang.... sorang lagi member aku melangkah ke alam baru... ape lagi kalau bukan kawin... eheheheheeh!!! Terbaru member kamcing aku mase belajor kat UPM dulu si ajib... yang selamat naik pelamin pada 10 April 2005 (ahad) bersama pasangannya Putri Nuralis.... tahniah aku ucapkan jib....
Sepanjang perkenalan aku ngan si ajib nie... dier nie bulehlah dikategorikan sebagai sorang yang sempoi... mcm aku jgk... ehehehehehe!! buleh dibwk berbincang.... tak banyak songeh... kalau dalam group assignment & study... dier nie kire joker laa.... ahahahaahahah!!! pendek kate, klu dier takde group tak happening la.... ehehehehehe!! dah kantoi jib..... tapi aku mula rapat ngan dier mase tahun akhir kat UPM... bkn ape sbb time tuh... aku byk amik subjek yg same ngan dier...
Banyak kisah suka duka yang kiteorg dok kongsi sama... alaaa... normal laa ...perkara mcm tuh... bile lagi nak rase kalau bukan time bujang nie.... sekurang-kurangnya...ape yg berlaku... mematangkan pemikiran kiter.... fuh!! khutbah sikit....
Walauapapun citernye... si ajib dah selamat dah.... so, kenalah concentrate lebih sikit.... dulu sorang sekarang dah berdua.... ade rezeki... bertambah lagi.... anyway... semoga Allah merahmati hubungan korang dan aku doakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat lah hendaknya.... ok!! akhir kater dari aku.... SELAMAT PENGANTIN BARU.... create la famili yang bahagia.... kuasa di tangan ko ajib... pandai2 la ko mencoraknya.... ok!! cau...
P/s : Tak dapat la nak lepak balik tengah-tengah malam lagi.... dah ade komitmen... Jgn lupe kengkawan udah ler.... eheheheheheh!!!!
Posted at 4/12/2005 1:42:43 am by lu_fias1
Permalink
Wednesday, April 13, 2005
ISU RELAX - Part 2....!!!
RELAXKAN MINDA - PART 2....!!!

P/s : Buleh cube.... tapi jangan diamalkan...udah ler.... (Mintak bantuan pakar kalau diperlukan.....muahahahahaah!!!! eheheheheheeh!!!!
Posted at 4/13/2005 1:29:34 am by lu_fias1
Permalink
Friday, April 15, 2005
ISU 6 - Lawatan ke rumah MELOR...!!
|
- Melor tgh 'cover' cun depan kamera ngan baby dier... - |
Selepas dok tangguh menangguh sesi nak ke rumah MELOR sebelum nie, akhirnya hari Rabu malam, dalam pukul 8.30 pm... 06 April 2005 lepas, aku berkesempatan jugak ke rumah si MELOR sambil ditemani oleh AMI & WIFE.... selepas AZRIN & KOPI menjadi group pertama di kalangan kengkawan melawat MELOR & co.... Punyer senyum sampai ke telinga muka si MELOR bile kiteorg datang... eeheheheheh!!! WAK JAL pulak yang dah bersiap nak follow, tak jadi pulak sebab tayar keta dier pulak buat hal... terlupe aku nak cakap, yang dier Kirim salam kat ko MELOR... sepanjang kat umah MELOR walaupun tak lame kiteorg datang tapi banyak jugak lah yang dapat dibualkan... ZIRA pulak banyak borak ngan ko... mungkin nak dapat tips-tips terbaik untuk jadi IBU yang TIP TOP... ahahahahahah!!!! Gurau-gurau yer ZIRA..... so, lepas-lepas nie... kenalah kiteorg spend duit lebih sikit nak bagi duit raya... ahahahahaah!!!
Comel betul baby si MELOR... dan untuk pengetahuan korang... name baby MELOR... MUHAMMAD AQIL AIMAN BIN AMIRSHAHABUDIN.... FuuuuHHH!!! panjangnyer name... letih mulut aku menyebut!! agak-agaknya... apelah yang kiter nak panggil ek???? hanya mama & papa dier lah yang dapat menentukan... ehehehehe!!!
So, kepada MELOR & HUBBY.. aku & d' Geng sentiasa mendoakan ko sekeluarga sentiasa dalam keadaan HAPPY dan CERIA-CERIA selalu di samping orang yang tersayang serta dilindungi oleh ALLAH S.W.T serta dimurahkan rezeki... Amin... Amin...Ya Rabbal alamin...!!!
P/s : AMI & ZIRA... Agak-agak tu bile agaknya turn korang lak.... copek-copek la ek!!! Amin..!!
Posted at 4/15/2005 10:13:46 am by lu_fias1
Permalink
|
 |
|